Wednesday, December 23, 2009

cuti-cuti malaysia

Sebenarnya percutian ni tak dirancang pun, tetiba jer suami aku ajak gi shopping kat KL. Apalagi aku pucuk dicita ulam mendatanglah. Selepas solat zohor kitaorang bertolak. Biasalah dah ada anak ni lambatlah sikit perjalanan. Kitaorang sampai kat Putrajaya jam 9 mlm. Apalagi kitaorang terus ke Masjid Putra untuk bergambar2. Selepas itu pulang ke rumah abang suami aku di Dengkil kami bermalam disana.


Bersama Anak tersayang di tepi Tasik Putrajaya

Depan Masjid Putra

Adam & Papa

 Ini aku dan family di Putrajaya 







Adam bersama sepupunya Hakim

Selama aku dan Family disana kami pergi shopping banyak tempat antaranya Mid Valley, The Curve, One Utama, Alamanda dan tidak ketinggalan untuk ke Nilai 3 untuk memborong kain pasang yang murah2 harganya sehingga mencecah RM 10 sepasang. Tapi biasalah kalu yang murah2 tu kain dia cptlah rosak. Selepas shopping di Nilai 3 aku dan family terus pulang ke Kuantan. Aku amat berterima kasih pada suamiku kerana membawa aku dan Adam jalan2 dan shopping di Kl walaupun cuma 2 hari.Terima kasih sayang.......







Tuesday, December 22, 2009

Hari jadi & Jamuan Akhir Tahun PK


Ini gambar kitaorang sementara menunggu kedatangan VIP dan Ibubapa dalam majlis tu, biasalah sempat posing


Ini aku bersama anak murid sebelum buat persembahan, tgk semua dah cantik

Ini anak murid aku bersama GB sekolah


Persembahan Action Song anak murid aku



Thursday, December 10, 2009

Adam makin besar

  Adam sekarang dah pandai posing sekarang, siap lentok..telatahnya membuatkan aku dan suami tidak boleh berenggang dengannya.Tengok tu hensem dalam stroller macam papa dia


Alahai comelnya dia duduk, masa ni mood baik bolehlah posing sakan, sekali pandang macam muka mama dia masa kecik tapi semua orang cakap macam papa dia

Saturday, November 21, 2009

Selamat Hari Raya

Ini family aku masa raya aidilfitri



Adam Harris cantik berbaju melayu bersama papanya


Ini gambar aku berhari bersama keluarga, tahun ni aku berhari raya di rumah mak mentua so ramailah

Saturday, November 7, 2009

My Work Place


Ini adalah gambar anak murid aku 5 orang. Aku mengajar prasekolah pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Cenderawasih, Kuantan. disebelah aku tu, PPM aku nama dia Noorul Huda. Dia banyak bantu aku menguruskan Murid2. Kat sini aku perkenalkan murid yg pertama iaitu satu2nya jejaka iaitu Haqem. Haqem adalah murid Autisme.Kat sebelah dia pulak Memey nama glamour dia. Dia ni murid Sindrom Down. Selalu je buang air kecil tak bagitau. Sedar2 dah basah bajunya.Manakala yang montel ni namanya Maisarah. Dia adalah Murid Hiperaktif.yang tengah tu pulak Siti Aisyah. Dia ni murid slow learner je. Manakala yang cantik manis ni pulak Nureen atau nama glamour Putih sebab dia ni putih orangnya. Dia adalah murid slow learner dan ada sedikit gangguan pendengaran.Haaaaaaaaaaahhhh.............dah letih rasa bercerita apa kata aku paparkan gambar2 aku bersama kengkawan yang lain bersama murid2 pendidikan khas dalam beberapa aktiviti luar yang telah kami jalankan.




Ini gambar kitaorang masa Jamuan Hari Guru Di Hotel MS Garden


Ini masa kitaorang ke Taman Bandar, masa ni aku pregnant 8 bln


Ini masa kitaorang nak tengok wayang cite Upin & Ipin


Ini gambar ziarah lebaran ke rumah murid2 pendidikan khas

 
 



















Friday, October 30, 2009

Telatah2 Permata Hati

Ini Adam Harris masa umur 4 bulan. Tembamnya dia. Muka dia sekarang dah banyak ikut macam papa dia. Cuma mata je ikut mama dia. Kalu kita tengok masa lahir dulu tak caye macam tu sekarang. Nanti kita tgk gmbar Adam dari lahir ye...

Ha.... Ini masa Adam baru je 2 hari. Kecik2 lagi dia dah tembam. Masa ni berat 2.7kg. Ramai cakap masa lahir ni muka mama dia. kalu tengok pic mama dia masa kecil memang sebijik.



Ini masa Adam 12hari. Muka dia tak banyak berubah lagi.



Ini pulak Adam dah 20 hari. rambutnya lebat sangat tp nanti tiba hari cukur jambul habislah...... botak.







Haaa....ini Adam tengah tunggu dalam buaian untuk cukur jambul.




Tuesday, October 27, 2009

My Family



Salam.....
Ini blog pertama kali aku buat. Tak pandai gak baru belajar tapi bolehlah. irst sekali aku nak cite pasal family aku yang kecil ni.Aku baru je dikurniakan seorang cahaya mata hasil perkahwinan aku dan yang tersayang. Kami berdua namakan permata hati kami Adam Harris. Aku amat bersyukur kerana diberi keluarga yang bahagia. Apa yang aku harapkan kasih sayang kami akan berkekalan hingga akhir hayat. Ini je dulu aku nak cite nanti kat lain aku cite panjang ye.