Friday, February 26, 2010

Family day

Sejak aku tahu tak lama lagi,ada family day tempat suami aku kerja.Sejak itu aku fikir nak pakai baju aper malam dinner nanti.Untuk siang hari aku tak kisah sebab family day ni buat kat Gambang Resort water Park.Apabila dengar nama tu aku bukan main gembira lagi. Maklumlah sejak aku kawin tak pernah akua  attend family day abang. Ada saje yang menghalang. Untuk kali ni aku dapat pergi walaupun mggu tu ada program kat sekolah. Aku excuse kan diri aku dari pegi sekolah untuk sama 2 dapat ke family Day.Hari yang dinanti tiba juga.Pada pukul 3 ptg 19 Feb 2010 kami bertolak ke Gambang Resort City.sampai kat saner abang terus buat registration and lepas check in aku temankan abang buat rehersal untuk lakonan dia malam ni.tak sabar rasa nak tengok suami aku naik pentas.Jam 8.15 malam aku dan family peg ker dewan dinner.Buat pertama kali berada dalam suasana dinner yang agak berlainan dengan dinner2 aku guru2 sblm ni.Boleh dikatakan grand dinnerlah malam tu.Selepas semua selesai makan Adam mula buat perangai yelah dah pkl 11 mlm tp belum selesai. Akhirnya dia tertidu di pangkuan aku.Esokkan harinya masih banyak aktiviti yang dijalankan antara sukaneka dan bermain di water park.Untuk masuk ke Water Park kami telah disediakan tiket. Apabila masuk ke dalam fuhhh.....sungguh tak sabar untuk mandi. Selesai mandi dan makan tengahari kami terus pulang ke rumah.Aku amat gembira walaupun badan rasa letih tetapi family day ini memang tak kan aku lupakan.May be lain tahun akan lebih best yelah anak pun dah jadi dua, he...he.... bye

 
Aku dan Adam di malam dinner


Bestnya Adam Harris mandi


Bersantai setelah penat mandi


Adam dan papa mandi


Pandainya dia main pelampung dalam air

Saturday, February 6, 2010

Murid aku makin ramai

Kat sini aku nak cite pasal anak murid aku yang sekarang dah bertambah menjadi 7 orang. 4 girl and 3 boy.Nampaknya bertambahlah tugas aku untuk menjadikan diorang manusia yang berguna dan mampu berdikari apabil besar nanti. Kali ni ramai yang sindrom down.Tapi mereka semua boleh bawa diri. Kecuali yang autisme mereka masih banyak memerlukan bantuan aku.Bagi aku untuk yang lain tiada masalah tetapi untuk handle murid2 Autisme amat sukar.Kali ni aku dapat anak murid autisme yang agak kritikal. Mereka tak boleh bercakap dan pengurusan diri masih memerlukan bantuan guru.Apapun masalahnya aku mesti tabah dan kuat untuk berhadapan dengan kanak-kanak ini.Ini adalah tanggungjawab aku yang perlu dilaksanakan sebagai seorang guru pendidikan khas.dalam ramai2 murid aku ada seorang yang begitu mencuit hati semua guru.Dia adalah murid sindrom down.Telatahnya membuatkan kami guru2 pendidikan khas tidak kering gusi dan suka menyakatnya. Telatah lucunya membuatkan aku dan guru lain tidak puas mengusiknya.Namanya ialah Syaheed, kalu sekali pandang macam perempuan tapi sebenarnya lelali sejati tau!
Oklah, aku rasa cukup duli setakat ni aku bercerita pasal anak murid aku. Mungkin nanti bila dah lama sikit masih banyak lagi telatah kanak2 lain yang akan kongsi cerita bersama. bye....

 
Tengoklah telatah Syaheed bersama aku

 
Ini pulak bersama Sarah dan Syaheed

 
Ini Izzati dia pemalu sikit orangnya

 
Syaheed ni tak padan dgn kecik selalu usik Arif

Saturday, January 9, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Salam, rasanya dah lama aku tidak menulis kat blog aku ni. Maklumlah sibuk sikit bila time first week sekolah ni sampai tak sempat nak ucap tahun baru pada kawan-kawan.Untuk tahun baru ni anak murid aku 5 orang, 3 perempuan dan 2 lelaki. Tahun ni agak mencabar jugak bagi aku coz budak2nya ada 2 yang autisme.Pening gak kepala bila fikir macamna nak handle diaorang.Tapi untuk minggu pertama ni aku suruh dia orang sesuaikan diri dengan, guru dan PPM dahulu. Bila diorang dah boleh sesuaikan diri senanglah aku nak buat RPH.Rasanya cukup dulu pasal anak murid baru aku. Anak aku Adam Harris dah masuk 7 bulan pada 4/1/2010. dah besar dia, dah mula makan bubur dan dah pandai naik walker.Bukan main suka dia duduk dalam tu. Nanti aku letak gambar2 anak aku yang terbaru untuk tatapan kengkawan.Aku rasa cukup sampai sini dulu nanti aku tulis lagi.Babaiiiii...........
 

Wednesday, December 23, 2009

cuti-cuti malaysia

Sebenarnya percutian ni tak dirancang pun, tetiba jer suami aku ajak gi shopping kat KL. Apalagi aku pucuk dicita ulam mendatanglah. Selepas solat zohor kitaorang bertolak. Biasalah dah ada anak ni lambatlah sikit perjalanan. Kitaorang sampai kat Putrajaya jam 9 mlm. Apalagi kitaorang terus ke Masjid Putra untuk bergambar2. Selepas itu pulang ke rumah abang suami aku di Dengkil kami bermalam disana.


Bersama Anak tersayang di tepi Tasik Putrajaya

Depan Masjid Putra

Adam & Papa

 Ini aku dan family di Putrajaya 







Adam bersama sepupunya Hakim

Selama aku dan Family disana kami pergi shopping banyak tempat antaranya Mid Valley, The Curve, One Utama, Alamanda dan tidak ketinggalan untuk ke Nilai 3 untuk memborong kain pasang yang murah2 harganya sehingga mencecah RM 10 sepasang. Tapi biasalah kalu yang murah2 tu kain dia cptlah rosak. Selepas shopping di Nilai 3 aku dan family terus pulang ke Kuantan. Aku amat berterima kasih pada suamiku kerana membawa aku dan Adam jalan2 dan shopping di Kl walaupun cuma 2 hari.Terima kasih sayang.......







Tuesday, December 22, 2009

Hari jadi & Jamuan Akhir Tahun PK


Ini gambar kitaorang sementara menunggu kedatangan VIP dan Ibubapa dalam majlis tu, biasalah sempat posing


Ini aku bersama anak murid sebelum buat persembahan, tgk semua dah cantik

Ini anak murid aku bersama GB sekolah


Persembahan Action Song anak murid aku



Thursday, December 10, 2009

Adam makin besar

  Adam sekarang dah pandai posing sekarang, siap lentok..telatahnya membuatkan aku dan suami tidak boleh berenggang dengannya.Tengok tu hensem dalam stroller macam papa dia


Alahai comelnya dia duduk, masa ni mood baik bolehlah posing sakan, sekali pandang macam muka mama dia masa kecik tapi semua orang cakap macam papa dia

Saturday, November 21, 2009

Selamat Hari Raya

Ini family aku masa raya aidilfitri



Adam Harris cantik berbaju melayu bersama papanya


Ini gambar aku berhari bersama keluarga, tahun ni aku berhari raya di rumah mak mentua so ramailah