Saturday, February 6, 2010

Murid aku makin ramai

Kat sini aku nak cite pasal anak murid aku yang sekarang dah bertambah menjadi 7 orang. 4 girl and 3 boy.Nampaknya bertambahlah tugas aku untuk menjadikan diorang manusia yang berguna dan mampu berdikari apabil besar nanti. Kali ni ramai yang sindrom down.Tapi mereka semua boleh bawa diri. Kecuali yang autisme mereka masih banyak memerlukan bantuan aku.Bagi aku untuk yang lain tiada masalah tetapi untuk handle murid2 Autisme amat sukar.Kali ni aku dapat anak murid autisme yang agak kritikal. Mereka tak boleh bercakap dan pengurusan diri masih memerlukan bantuan guru.Apapun masalahnya aku mesti tabah dan kuat untuk berhadapan dengan kanak-kanak ini.Ini adalah tanggungjawab aku yang perlu dilaksanakan sebagai seorang guru pendidikan khas.dalam ramai2 murid aku ada seorang yang begitu mencuit hati semua guru.Dia adalah murid sindrom down.Telatahnya membuatkan kami guru2 pendidikan khas tidak kering gusi dan suka menyakatnya. Telatah lucunya membuatkan aku dan guru lain tidak puas mengusiknya.Namanya ialah Syaheed, kalu sekali pandang macam perempuan tapi sebenarnya lelali sejati tau!
Oklah, aku rasa cukup duli setakat ni aku bercerita pasal anak murid aku. Mungkin nanti bila dah lama sikit masih banyak lagi telatah kanak2 lain yang akan kongsi cerita bersama. bye....

 
Tengoklah telatah Syaheed bersama aku

 
Ini pulak bersama Sarah dan Syaheed

 
Ini Izzati dia pemalu sikit orangnya

 
Syaheed ni tak padan dgn kecik selalu usik Arif

No comments:

Post a Comment