Ini adalah gambar anak murid aku 5 orang. Aku mengajar prasekolah pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Cenderawasih, Kuantan. disebelah aku tu, PPM aku nama dia Noorul Huda. Dia banyak bantu aku menguruskan Murid2. Kat sini aku perkenalkan murid yg pertama iaitu satu2nya jejaka iaitu Haqem. Haqem adalah murid Autisme.Kat sebelah dia pulak Memey nama glamour dia. Dia ni murid Sindrom Down. Selalu je buang air kecil tak bagitau. Sedar2 dah basah bajunya.Manakala yang montel ni namanya Maisarah. Dia adalah Murid Hiperaktif.yang tengah tu pulak Siti Aisyah. Dia ni murid slow learner je. Manakala yang cantik manis ni pulak Nureen atau nama glamour Putih sebab dia ni putih orangnya. Dia adalah murid slow learner dan ada sedikit gangguan pendengaran.Haaaaaaaaaaahhhh.............dah letih rasa bercerita apa kata aku paparkan gambar2 aku bersama kengkawan yang lain bersama murid2 pendidikan khas dalam beberapa aktiviti luar yang telah kami jalankan.
Ini gambar kitaorang masa Jamuan Hari Guru Di Hotel MS Garden
Ini masa kitaorang ke Taman Bandar, masa ni aku pregnant 8 bln
Ini masa kitaorang ke Taman Bandar, masa ni aku pregnant 8 bln
Ini masa kitaorang nak tengok wayang cite Upin & Ipin


Ini gambar ziarah lebaran ke rumah murid2 pendidikan khas
No comments:
Post a Comment