Salam, rasanya dah lama aku tidak menulis kat blog aku ni. Maklumlah sibuk sikit bila time first week sekolah ni sampai tak sempat nak ucap tahun baru pada kawan-kawan.Untuk tahun baru ni anak murid aku 5 orang, 3 perempuan dan 2 lelaki. Tahun ni agak mencabar jugak bagi aku coz budak2nya ada 2 yang autisme.Pening gak kepala bila fikir macamna nak handle diaorang.Tapi untuk minggu pertama ni aku suruh dia orang sesuaikan diri dengan, guru dan PPM dahulu. Bila diorang dah boleh sesuaikan diri senanglah aku nak buat RPH.Rasanya cukup dulu pasal anak murid baru aku. Anak aku Adam Harris dah masuk 7 bulan pada 4/1/2010. dah besar dia, dah mula makan bubur dan dah pandai naik walker.Bukan main suka dia duduk dalam tu. Nanti aku letak gambar2 anak aku yang terbaru untuk tatapan kengkawan.Aku rasa cukup sampai sini dulu nanti aku tulis lagi.Babaiiiii...........
Saturday, January 9, 2010
Wednesday, December 23, 2009
cuti-cuti malaysia
Sebenarnya percutian ni tak dirancang pun, tetiba jer suami aku ajak gi shopping kat KL. Apalagi aku pucuk dicita ulam mendatanglah. Selepas solat zohor kitaorang bertolak. Biasalah dah ada anak ni lambatlah sikit perjalanan. Kitaorang sampai kat Putrajaya jam 9 mlm. Apalagi kitaorang terus ke Masjid Putra untuk bergambar2. Selepas itu pulang ke rumah abang suami aku di Dengkil kami bermalam disana.
Bersama Anak tersayang di tepi Tasik Putrajaya
Depan Masjid Putra
Adam & Papa
Ini aku dan family di Putrajaya
Adam bersama sepupunya Hakim
Selama aku dan Family disana kami pergi shopping banyak tempat antaranya Mid Valley, The Curve, One Utama, Alamanda dan tidak ketinggalan untuk ke Nilai 3 untuk memborong kain pasang yang murah2 harganya sehingga mencecah RM 10 sepasang. Tapi biasalah kalu yang murah2 tu kain dia cptlah rosak. Selepas shopping di Nilai 3 aku dan family terus pulang ke Kuantan. Aku amat berterima kasih pada suamiku kerana membawa aku dan Adam jalan2 dan shopping di Kl walaupun cuma 2 hari.Terima kasih sayang.......
Tuesday, December 22, 2009
Hari jadi & Jamuan Akhir Tahun PK
Ini gambar kitaorang sementara menunggu kedatangan VIP dan Ibubapa dalam majlis tu, biasalah sempat posing
Ini aku bersama anak murid sebelum buat persembahan, tgk semua dah cantik
Ini anak murid aku bersama GB sekolah
Persembahan Action Song anak murid aku
Thursday, December 10, 2009
Adam makin besar

Adam sekarang dah pandai posing sekarang, siap lentok..telatahnya membuatkan aku dan suami tidak boleh berenggang dengannya.Tengok tu hensem dalam stroller macam papa diaSaturday, November 21, 2009
Selamat Hari Raya
Ini family aku masa raya aidilfitri
Adam Harris cantik berbaju melayu bersama papanya
Saturday, November 7, 2009
My Work Place
Ini adalah gambar anak murid aku 5 orang. Aku mengajar prasekolah pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Cenderawasih, Kuantan. disebelah aku tu, PPM aku nama dia Noorul Huda. Dia banyak bantu aku menguruskan Murid2. Kat sini aku perkenalkan murid yg pertama iaitu satu2nya jejaka iaitu Haqem. Haqem adalah murid Autisme.Kat sebelah dia pulak Memey nama glamour dia. Dia ni murid Sindrom Down. Selalu je buang air kecil tak bagitau. Sedar2 dah basah bajunya.Manakala yang montel ni namanya Maisarah. Dia adalah Murid Hiperaktif.yang tengah tu pulak Siti Aisyah. Dia ni murid slow learner je. Manakala yang cantik manis ni pulak Nureen atau nama glamour Putih sebab dia ni putih orangnya. Dia adalah murid slow learner dan ada sedikit gangguan pendengaran.Haaaaaaaaaaahhhh.............dah letih rasa bercerita apa kata aku paparkan gambar2 aku bersama kengkawan yang lain bersama murid2 pendidikan khas dalam beberapa aktiviti luar yang telah kami jalankan.
Ini gambar kitaorang masa Jamuan Hari Guru Di Hotel MS Garden
Ini masa kitaorang ke Taman Bandar, masa ni aku pregnant 8 bln
Ini masa kitaorang ke Taman Bandar, masa ni aku pregnant 8 bln
Ini masa kitaorang nak tengok wayang cite Upin & Ipin


Ini gambar ziarah lebaran ke rumah murid2 pendidikan khas
Friday, October 30, 2009
Telatah2 Permata Hati
Ini masa Adam 12hari. Muka dia tak banyak berubah lagi.
Haaa....ini Adam tengah tunggu dalam buaian untuk cukur jambul.
Subscribe to:
Posts (Atom)


